Saturday, 13 August 2011

Antara Orang Yang Mendapat Doa Malaikat

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda. : "sesiapa yang tidur dalam keadaan suci,  malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa " Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda " Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya : " Ya Allah, ampunilah ia, sayangilah ia. "

3. Orang yang berada di sad depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda :" Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas orang yg berada pd saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah ( tidak biarkan kosong dlm saf ). Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yg menyambungkan saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan "amin" ketika seorg imam selesai membaca al-Fatihah. Rasulullah bersabda : " jika seorg imam mmbaca ( ayat akhir al-Fatihah sehingga selesai) ucapkanlah "amin" kerana sesiapa ucapan "amin"nya  bertepatan ngn ucapan malaikat akan diampun dosanya yg lalu.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9.Orang yang membelanjakan harta (infak) : Rasulullah s.a.w bersabda : " tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya. satu antara kedua-duanya berkata " Ya Allah, berikanlah ganti bg orang yang berinfak. "

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk ( melawat ) orang sakit... Rasulullah bersabda " Tidaklah sorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70, 000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga subuh.

0 comments:


Nk bg ke x nk ? nk ke x ?